Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Disember 2019

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Disember 2019

Jawatan Kosong Terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Disember 2019. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan seperti berikut:

1. PEMBANTU AM RENDAH LANDSKAP GRED N1

Taraf Jawatan : Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan 24 Disember 2019
Lokasi penempatan : KUIS, 43000 Kajang, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jadual Gaji Gred N1

Minimum : RM1,100.00
Maksimum : RM2,358.00

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Disember 2019

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan

4. Sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman setahun dalam bidang kerja-kerja landskap; dan

5. berkebolehan melaksanakan kerja-kerja memotong rumput, kawalan serangga (meracun), trim pokok-pokok shrubs dan lain-lain kerja yang berkaitan.

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini dan boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

2. Sila catatkan nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

3. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil yang telah DISAHKAN seperti berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;

b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;

c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);

d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);

e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);

f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);

g. Sijil Kokurikulum;

h. Profil Peribadi/Resume.

4. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masingmasing.

Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Pusat Tanggungjawab tidak akan dipertimbangkan.

5. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

6. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Permohonan hendaklah sampai kepada:

KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA 43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh Iklan : 10 Disember 2019 ( Selasa )

Tarikh Tutup : 24 Disember 2019 ( Selasa )

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel