Jawatan Kosong Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Disember 2019

Jawatan Kosong Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan seperti berikut:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Jumlah Kekosongan : 34
Simpanan : 30

Tarikh tutup permohonan 29 Disember 2019
Lokasi : Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Sektor : Kerajaan
Jawatan Kosong Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Disember 2019


Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. - Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

CARA MEMOHON

Individu yang berminat dan berkelayakan hendaklah mengisi permohonan jawatan pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di www.spa.gov.my, calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup permohonan pada 29 Disember 2019 (Ahad) jam 11.59 malam.

Iklan dan syarat perjawatan disini

Permohonan jawatan secara online disini

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel